Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Sabtu, 25 Jun 2011
~~Roti Goreng Poket ~~
Assalamulaikum dan selamat pagi khamis yg ceria..... Pagi ini 7/7/2011 , Operasi ROTI POKET wat sarapan aida sefamily sebelum anak pi sekolah...Aida guna roti keping ada beberapa keping lagi tu ...gelek2 bagi leper dan bubuh inti....Bab inti terpulang apa nak letak ...telur ke , ayam @ daging pun boleh....tumis dgn bahan2 lain sekejap dan boleh dingapppp..jom layan Roti poket comel aida ini...wallah...:)) sungguh sedap dan yummiii.... penderhakan kat inti tu asal resepiny guna daging@ ayam.....tp pagi2 apa yg ada aje aida taram kat dlmnya..telur dan sosej...wallah..apa2 pun intinya ikut suka kita lah.kita yg wat diaaaaaaaa......JOm opersi...JOM LAYANNNNNN dgn sos kegemaran yummmiiiii....:))salam sayang dari Aida di SRKM.....
BAHAN ROTI :-)
6 keping roti sandwich
1 biji telur, pukul sedikit
Secukupnya serbuk roti,
BAHAN INTI :-)
2 keping daging burger, hancurkan- Aida gantikan dgn 2 batang sosoej potong kecil /dadu
2 biji telur
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
serbuk kari sikit klu suka...
daun sup hiris2
serbuk lada hitam' lada sulah
BAHAN LAIN :-)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato (tak letak sebab tak de)
Sos pilihan- Aida suka Thousand Island dan sos cili
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. kacau rata. Masukkan daging burger ( sosej), ketepikan pecahkan telur dan dihancurkan, kacau. masukkan garam, serbuk lada hitam. Masak gaul2 sebentar rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.
UNTUK ROTI :- Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper, potong bentuk bulat ( gunalah apa2 bentuk bulat dan tekapkan), alihkan dan buat kaedah sama pada baki roti tadi. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.
UNTUK ROTI POKET :- Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya, susun timun, kemudian tomato dan kobis. Akhir sekali isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....sedapppp..yummiiiiiii.....:)0 dan salam sayang dari Aida di SRKM....
wallah...xyah dh nak p beli kt kfc...nanti kfc pun tutup....
BalasPadamkita operasi dan wat experiment sendiri lagi terjamin dan berbaloi2 mamamnya wan....:))
BalasPadam