Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Rabu, 22 Jun 2011
~ ikan siakap sweet sour~
Ikan Siakap sweet sour ..masam manis cukup semua bahannya dan rasanya ..sedap dan menyelerakan klu makan beramai2 seisi family ...Ikan letak atas meja ,tengah2 dlm pinggan yg besar dan cuil sama2 wallah ....sungguh yummiii : jom semak resepinya....
Bahan:-
seekor ikan siakap- dibersihakn dan dibelah butterfly ( jika suka)di lumur dengan sebuk kunyit + garam dan digoreng. tos dan ketepikan.
untuk wat sambalnya:
4 sudu Cili dikisar
2 bji bawang besar - 1 dikisar , dan satu lagi dipotong bulat
3 ulas bawang putih + halia - dikisar
1 batang serai (ketuk)
1/2 biji timun- di potong dadu ( boleh tambah klu nak banyak)
1 biji lobak merah ( coret)- juga di potong dadu
1 tin kiub nanas dalam tin - klu yg besar 1/2 saja @ agak2 lah berapa banyak nak
air asam jawa secukupnya
2 sudu sos cili +sos tomato
garam+ gula secukupnya
minyak utk mengoreng
caranya:--
- Golekan ikan siakap dengan tepung gandum ( jika takut ikan melekat kat kuali & letak ckit t/gandum tepi kuali ) dan goreg hingga garing.- setelah di goreng toskan dan ketepikan.
- Tinggalka sikit minyak dalam kuali , tumislah bahan kisar dan serai hingga naik bau dan masukkan bawang besar yg dipotong bulat, kacau hingga bawang agak layu sedikit.- kemudian masukan air asam jawa+ sos cili+sos tomato, kiub nanas + lobak merah + timun +garam + gula dan rasa secukupnya.masak kacau gaul sebentar.klu dah ok bolehlah diangkat..
setelah siap sambalnya boleh lah dicurahkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi.-
Dah siap ... Ikan siakap sweet sour ....hidangkan dengan nasi putih .
Selamat Mencuba....dan salam sayang dari Aida di SRKM >>>>..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan