Rabu, 19 Mac 2014

CHOCOLATE CAKE.... Hari Jadi anakanda ku Uda Danial..Alhamdulillah....

KEK PADANG BOLA ....CHOCOLATE CAKE... Sempena Bithday Abg Uda M.ShahDanial Hakim .18/3/2014....Alhanmdulillah




SeLaMaT hArI LaHiR,mOgA pAnJaNg UmUr DaN MuRaH ReZeKi,SuKsEs SeLaLu(^_^) Muhammad Shahdanial Hakim Shamsul Nizam semoga menjadi anak yang soleh , dunia dan akhirat dan good luck dear....  — bersama Shahdanial Hakim Shamsul Nizam di My Sweet Home / Rumahku Syurgaku..


Kek Chocolate Kukus
--------------------------
Bahan-:
• BAHAN A :
• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan serbuk koko
• 1 cawan susu cair Ideal
• 1 cawan susu pekat
• 1 cawan minyak jagung
• BAHAN B ( DIAYAK ):
• 11/2 cawan tepung gandum
• 1 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 sudu kecil baking powder
• BAHAN C :
• 4 biji telur - dipukul sehingga kembang

Cara:
• 1. Panaskan periuk pengukus dulu
• 2. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang perlahan ( JANGAN SAMPAI MENDIDIH )
• 3. Setelah bahan A sebati,masukkan bahan B serta bahan C dan gaulkan sebati.
• 4. Kemudian masukkan dalam loyang dan kukuskan selama 45 minit

** Chocolate Ganache
250 gm Bittersweet Chocolate
1 cwn Heavy Cream (Whipp Cream)
1 tsp Orange Essanne

cara : 
1. Panaskan krim sampai tahap menggelegak & cepat2 tuang keatas pecahan coklat masak.. 
2. Kacau sehingga coklat cair n masukkan essane.
3. Ganache boleh digunakan dlm keadaan suam @ sejukkan & pukul tuk dptkan ganache yg ringan. ·

** 
dan rerumput tu aida guna Custard Whip Cream...resepi chef bos..10q... 

resepi dari Drp : Chef Khairi Mansor

300ml Susu Segar,
25gm Tepung Jagung(starch),
150gm Gula kaster..
- campur semua ni n masak cam kita buat custard..simpan dlm bekas bertutup n sejukkan semlman.
- Pukul 250gm Butter @ sebarang lelemak tuk buat icing sampai kembang n campurkan ngan custard n pukul lg sampai rata..





Alhamdulillah....SeLaMaT hArI LaHiR,mOgA pAnJaNg UmUr DaN MuRaH ReZeKi,SuKsEs SeLaLu(^_^) khas untuk putera ke-3 aida hari ini...lamanya aida tak beroperasi wat kek ehemm tak berapa kemas ...Jadilah.. penuhi request anak nak kek coklat Padang bola... w/p tak sehebat seorg chef operasinya. .hanya kasih air tangan seorg yg bergelar mama utk putera d puterinya tersayanggg JADII jee ...

2 ulasan:

  1. cantik kek..mesti bday boy suka sangat kan..happy birthday to bday boy..

    BalasPadam
  2. tq,,, suka sangat....dia memang minat BOLA....hihih

    BalasPadam