Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Sabtu, 17 Disember 2011
~~Pajeri Jantung Pisang ~~
Assalamulaikum wat semua pengunjung2 SRKM ..apa kabar?...harap semuanya sihat2 sejehtera...Dah lewat pagi baru teringat nak poskan lauk t/ari tadi aida cuba operasi dan 1st makan Pajeri Jantung Pisang ,sibuk sikit ari ni bertapa kat dapor...ni idea rasa dari Linda Cameron..wallah memang sedappppppp...10q linda anak2 aida cakap macamm rasa daging ayam lah mama...:)) JOM layannnnnnn ....
Teringin nak rasa dan operasi wat pajeri Jantung pisang yg masih ada berbaki satu lagi tu kat dapor ,oleh2 dari kg...Aida guna Jantung Pisang kepok..selalu makan pajeri Terung, Nanas dan buah mempelam...ni nak rasa Jantung pisang pulak...Jantung pisang hendak lah di rebus hingga empuk dan bolehlah mulai opeasi menumis bahan lain ....jom kita tgk resepinya dah operasi boleh lah layannnnn.....hemmm sungguh sedapppp ...kena dgn nasi putih hangat...wallah..makan tak hengatttt......
Pajeri Jantung Pisang
Jantung Pisang - Aida guna Jantung pisang kepok - diRebus hingga Empuk dan belah2..
3 ulas bawang putih *
3 bebiji bawang merah *
1/2 sudu jintan manis - yg di sangai dan di tumbuk
1/2 sudu ketumbur -yg di sangai dan di tumbuk
1 inci halia
3 sudu makan rempah kari Baba's
3 sudu Udang kering -
2 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu Kerisik
Santan pekat - secukupnya
air asam jawa - secukupnya
Garam / gula / serbuk perasa
Cara-cara :
.Jantung pisang belah lapan, dibasuh dan direbus sampai empuk.
•Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai garing dan naik bau. Masukkan bahan tumis spt kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
•Masukkan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air. Bila dah pecah minyak masukkan kerisik.
•Masukkan udang kering, kacau sekejap pastu masukkan jantung pisang yg telah direbus tadi.
•Masukkan santan pekat dan tambah sedikit air asam jawa secukupnya supaya jantung pisang tadi betul-betul empuk dan mesra kacau sekali sekala.
•Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
•Masak sampai agak pekat dan bolehlah di hidangkan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan