Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Selasa, 12 Julai 2011
~~ IKAN GELAMA MASAK TAUCO~~
MASAK TAUCO IKAN GELAMA..lauk wat aida sefamily untuk t/ari ini hari ini..Masaknya senang dan mudah serta cepat dihidangkan .....tp tak boleh masak selalu nanti darah tinggi naik lo....heheheh ....nak kurangkan masin Tauco .. basuh sikit tauco dgn air dan tapis......
BAHAN - BAHANNYA :-)
5 Ekor ikan gelama , cuci bersih dan perap dengan sedikit garam dan serbuk
kunyit.
1 1/2 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
Sedikit Gula
Sedikit sos ikan
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, titik
1/2 inci halia, dititik
sebatang serai titk saja.
2 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1/2 batang carot hiris panjang2
daun sup dan bawang sebagai hiasan.
CARA MEMBUATNYA :-)
-Ikan digoreng hingga kuning keemasan, tapi jangan terlalu garing. lembap2 -Ketepikan.
-Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih , serai dan halia
hingga harum, masukkan carot ,taucho dan sos tiram tumis hingga harum, guna api kecil.
-Tuang air dan kacau rata. Masukkan ikan, cili belah dan gula sedikit , biar mendidih hingga
pekat. Masukkan sedikit sos ikan, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan