Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Isnin, 27 Jun 2011
~~Pais Ikan tenggiri~~
PAIS IKAN TENGIRI...istimewanya pais ni bau daun kunyit dan wanginya daun pisang masa membakar dan waktu makan...adoi....sodappppppp
Bahan-bahannya :)
2- 4 keping ikan tenggiri , lumurkan dgn serbuk kunyi.( klu nak guna ikan lain pun boleh)- aida guna ikan tenggiri sbb isinya lembut dan sodap.....tulang pun kurang...senang anak2 makan....:)p
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan kelapa parut- buang kulit ambil yg isi putih aje...
garam dan gula secukupnya- nak kasi perasa pun boleh jugak....
1 biji bawang besar #
2 ulas bawang putih #
2 batang serai hiris halus #
6-10 biji cili padi hijau #( nak tambah / kurangkan ikut suka)
1 biji lada merah #( basah/besar)
1/3 inci kunyit hidup #
# semuanya di tumbuk/di kisar
beberapa helai daun kunyit dan daun pisang utk membalut ikan
Jangan luap sehelai daun kunyit hiris halus.
Caranya:)
1- Campurkan kelapa parut dan hirisan daun kunyit dgn semua bahan tumbuk / kisar dan perasakan dgn garam , gula , serbuk perasa dan air asam jawa secukupnya dan gaul rata.
2- ambil ikan tenggiri sekeping ,daun pisang dan alaskan daun kunyit dan bubuh no.1( kelapa parut) dan rata kan atas ikan dan balut dgn daun kunyit , kemudian bungkus dgn daun pisang dan semat kan dgn lidi . wat hingga abis ikan......
3- dah siap dibungkus, bakar selama lebih kurang 30 minit @ hingga ikan masak......Hidangkan panas2 bersama nasi hangat..fuhhhhh past terangkatttttt..Jom layan dan salam sayang dari Aida di SRKM....
sedia utk di bakar dan di ngappppppp..hehhehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan