Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Isnin, 20 Jun 2011
~~Ondeh2 Buah Melaka ~~
Assalamulaikum dan salam sayang hari jumaat yg mulia wat semua, kekawan...sihat? Bagi yg kurang sihat jgn lupa makan ubat ya...dah sarapan ke belum?....Hari ni Aida operasi sarapan ondeh2 buah melaka permintaan anak2....Jom Layannn...sekali gigit gula diaaaa cussstttt..melelehhhh....:))
Onde-onde si buah melaka....
sungguh enak wat santapan siisi keluarga.....
Bahan nak watnya mudah saja dan senang..
2 cawan tepung pulut - klu nak banyak boleh tambah( nanti banyak le dapatnya...)
beberapa helai daun pandan- di kisar dan ambil airnya.
seketul gula melaka untuk intinya- dihiris-hiris- klu tak ada gula melaka guna gula merah pun boleh ...jgn kata takda gula melaka alasan tak boleh wat...
kelapa parut secukupnya + sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus.
perwarna hijau- jika suka.
cara:
- Didihkan air
- Gaulkan tepung pulut dengan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk dan adunan tidak melekat kat tangan.klu warnanya tak hijau boleh tambah kan sikit perwarna makanan warna hijau baru menawan....
-Ambil sedikit adunan ,dan leperkan atas tapak tangan, masukan gula melaka ditengahnya dan tutup semula. Buatkan bentuk bulat.
- Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul .Tanda dah masak. Angakt dan toskan .
- Golekkan di atas kelapa parut yg dicampurkan dgn sedikit garam .
- Dah sip...Kuih Buah Melaka.. boleh dihidangkan....
p/s :Selamat mencuba.. sedap.... senang dan mudah... di ngapppp.....Tp awas ...sesama di ngappppp air gula melaka akan meleleh..... LAZATTTTT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan