Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Isnin, 20 Jun 2011
20 JUNE 2011 ~~ MEE GORENG~~
Mee Goreng 20/6/2011 wat sarapan anak-anak yang akan ke sekolah dan My hubby yang akan berangkat ke tempat kerja..Mee yg simple guna aje apa bahan yg ada ...cempak , goreng dan alhamdulillah siap...resepi yg mudah ..yg pasti sungguh yummyy ...Jom masak dan Jom layannnnn ...:))
Bahan-bahan :)
Mee kuning satu bungkus
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu cili kisar
garam secukupnya
3 sudu kicap
segenggam tauge
sawi
2 keping fishcake / fish ball
10 ekor udang
sedikit cili sos anggaran 2 sudu
Bahan hiasan :Hirisan timun dan telur goreng , dan limau kasturi belah 2
Cara-cara
1. Seperti biasa ..panaskan minyak dan tumiskan bebahannya..
2. Tumiskan cili kisar, bawang putih dan bawang merah,sehingga nampak agak garing
3. Masukkan fishball,udang..cili sos,dan kicap .. tambahkan dengan air sikit .masukan mee kuning
4. Tambahkan garam dan perasa secukupnya ..jika perlu
5. Last..taruk tauge..kacau kacau dan balik balikkan mee..
6. Rasa klu dah Ok...hidangkan dgn timun , telur goreng da hirisan limau kasturi..dah sedia untuk dimakan...makan panas2 wallah sedappppp......:))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan